KEMUDAHAN

Terletak kira-kira 8 kilometer daripada bandar Kangar dan juga Bandar Diraja Arau, Inapan Desa Rumbia adalah sebuah rumah penginapan berkonsepkan homestay yang beralamat di Batu 1 1/4 Kampung Simpang Geti, Jalan Mata Ayer, Perlis. Terletak di kawasan perkampungan. Homestay dengan bilik setaraf hotel ini diwujudkan untuk memberikan kemudahan penginapan kepada pengunjung-pengunjung yang berkunjung khusnya ke negeri Perlis Indera Kayangan dengan harga yang berpatutan. Dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap dan selesa.

Katil bersaiz King dengan tilam yang empuk untuk keselesaan pelanggan yang menginap di Inapan Desa Rumbia. Tambahan bagi penghuni adalah set comforter / 'toto' bagi penghuni yang menginap dengan bilangan yang ramai. Setiap bilik mampu menampung sehingga 6 orang pada sesuatu masa.

Kemudahan bilik mandi yang disertakan dengan 'water heater' dan juga tandas duduk. Ruang bilik mandi yang luas.

Dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.

Ruang yang luas dan selesa.

Built-in kabinet untuk menyimpan pakaian dan juga barang-barang penghuni dengan bahagian ruang yang luas.

Set meja yang boleh digunakan untuk membaca buku dan satu set televisyen LCD dalam setiap bilik. Turut disediakan pemanas air (water-heater) dan set minuman 3 in 1 untuk penginap.

Kawasan parking yang luas dan percuma. Tidak perlu risau tentang kenderaan anda kerana parking adalah bersebelahan dengan bilik.

Kemudahan internet percuma turut disediakan untuk kemudahan melayari Internet semasa berada di Inapan Desa Rumbia bersesuaian dengan moto kami, " Suasana Desa Bertaraf Hotel".

 Antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah sebuah surau untuk kemudahan para penghuni Inap Desa Rumbia ini. Manakala 500 meter daripada tempat penginapan adalah Masjid As Syakirin, Oran. Restoran seafood dan tomyam terletak berhadapan dengan kawasan penginapan yang menyajikan pelbagai jenis masakan panas. Beroperasi dari pukul 3.00 petang sehingga 3.00 pagi. Akses ke homestay ini adalah sangat mudah memandangkan ianya terletak berhampiran dengan jalan utama Jalan Mata Ayer.

Pada setiap hari Ahad terdapat sebuah pasar sehari atau pun lebih dikenali dengan nama 'Nat' oleh masyarakat setempat yang terletak tidak sampai satu kilometer daripada Inapan Desa Rumbia ini. Terdapat pelbagai juadah yang dijual di sini dengan harga yang amat murah dan berpatutan.