AKTIVITI

Penginap-penginap Inap Desa Rumbia yang berminat dengan aktiviti-aktiviti berbentuk riadah atau santai boleh mendapatkan perkhidmatan ini daripada pihak kami. Antara yang kami tawarkan adalah aktiviti berbasikal lasak atau pun 'touring' di sekitar negeri Perlis.







Sekiranya kunjungan anda pada sekitar akhir bulan April sehingga Mei anda boleh merasai buah mangga yang menjadi simbolik untuk negeri Perlis ini iaitu mangga Harum Manis. Anda boleh membelinya terus daripada kebun Harum Manis yang turut diusahakan dan diuruskan oleh pihak kami. Mangga Harum Manis ini sememangnya menjadi tumpuan bagi penggemar-penggemar buah mangga kerana kelazatan dan keenakannya.